TimeTec has merged all of its solutions into www.timeteccloud.com, click to
DINE SAFELY AMID COVID-19
Menyambut Pelawat Dengan Selamat
  Q 1.Apakah TimeTec VMS untuk IKS?
  A TimeTec VMS adalah penyelesaian berasaskan awan yang boleh digunakan oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk mengumpulkan maklumat mengenai pelawat yang datang ke pejabat mereka semasa Covid-19 untuk memastikan kebolehkesanan pelawat / pelanggan / rakan kongsi bagi pihak berkuasa, sekiranya positif Covid-19 dikesan.
  Q 2. Mengapa IKS memerlukan penyelesaian ini?
  A Perniagaan mula dibuka semula setelah ancaman Covid-19 menurun di seluruh dunia. Sebagai contoh, mulai 4 Mei 2020, kerajaan Malaysia membenarkan semua IKS menerima pelawat di bawah SOP yang ketat. Syarikat diminta menyimpan maklumat harian mengenai pelawat mereka, termasuk data suhu badan agar pihak berkuasa dapat mengaksesnya apabila terdapat Covid-19 positif yang dikesan. Oleh itu, TimeTec VMS menyediakan automasi kepada proses ini, dan ia menyimpan semua rekod dan laporan untuk audit jika perlu.
  Q 3. Apakah perbezaan antara TimeTec VMS dan sistem Selangkah kerajaan Selangor di Malaysia?
  A Objektif utama sistem Kerajaan adalah untuk memberikan ciri mudah dalam menangani risiko penularan Covid-19 sahaja; sedangkan TimeTec VMS adalah sistem pengurusan pelawat teknologi awan komprehensif yang menawarkan rekod pelawat yang dapat dikesan, dan memerangi Covid-19 adalah salah satu daripadanya.

Sebagai pemilik perniagaan, anda tidak boleh melihat atau mendapatkan maklumat atau rekod pelanggan ada dari www.selangkah.my. Sistem ini dibina khas untuk kerajaan mengesan kontak rapat sekiranya terdapat kes positif Covid-19. Disamping mengesan kontak, pemilik perniagaan juga boleh menggunakan TimeTec VMS untuk akses maklumat pelanggan dan pelawat. Bagi pemilik syarikat IKS, maklumat ini berguna untuk mempertingkatkan perhubungan pelanggan dan menambah jualan.

Apabila krisis Covid-19 ini berakhir, sistem kerajaan ini akan dilupuskan, tetapi TimeTec VMS akan tetap ada untuk memberi faedah kepada pemilik perniagaan dalam pelbagai aspek; dan sistem ini perlu digunapakai sebagai sebahagian daripada proses tranformasi digital syarikat anda.
Produk TimeTec TA TimeTec VMS MySejahtera Gerak Malaysia MyTrace SELangkah (Selangor State)
Objektif Untuk mencatat kehadiran staf lengkap dengan pemantauan kesihatan dan penjejak kontak yang dekat Untuk menguruskan pengunjung ke premis yang lengkap dengan pemeriksaan kesihatan dan penjejak kontak yang dekat Bagi individu untuk mengemukakan perisytiharan kesihatan Bagi individu untuk mengemukakan permohonan dan kawalan pergerakan semasa tempoh lockdown Untuk mengenal pasti orang yang dekat dengan orang yang dijangkiti Untuk mengenal pasti orang yang dekat dengan orang yang dijangkiti
Berlaku untuk Syarikat Syarikat Individu Individu Individu Syarikat
Aplikasi Aplikasi Kod QR atau App Aplikasi Aplikasi Aplikasi Kod QR
Ciri-ciri Sistem kehadiran yang fleksibel & menyeluruh Sistem pengurusan pelawat yang fleksibel & komprehensif Tujuan tunggal dengan ciri terhad Tujuan tunggal dengan ciri terhad Tujuan tunggal dengan ciri terhad Tujuan tunggal dengan ciri terhad
Kegunaan selepas Covid-19 Ya Ya Tidak Tidak Tidak Tidak
Nilai tambah untuk proses perniagaan Ya Ya Tidak Tidak Tidak Tidak
Pemilikan Data Pemilik Perniagaan
(Penyerahan data kepada pihak berkuasa apabila diperlukan)
Pemilik Perniagaan
(Penyerahan data kepada pihak berkuasa apabila diperlukan)
Kerajaan Kerajaan Kerajaan Kerajaan
Privasi PDPA PDPA PDPA PDPA PDPA PDPA
Keselamatan ISO27001 ISO27001 Tidak didedahkan Tidak didedahkan Tidak didedahkan Tidak didedahkan
Patuh peraturan / Keberkesanan Ya/Ya Ya/Ya Bermotivasi secara individu / Tidak diketahui Bermotivasi secara individu / Tidak diketahui Bermotivasi secara individu / Tidak diketahui Ya/Tidak diketahui
Patuh peraturan / Keberkesanan Ya Ya Tidak Tidak Tidak Tidak
     
  Q 4. Bagaimana caranya menggunakan produk ini?
  A Apabila seorang tetamu sampai ke pejabat anda untuk mesyuarat atau sesi latihan, syarikat perlu mengambil suhu badan tetamu tersebut. Apabila suhu badan pelanggan tidak melebihi suhu demam, tetamu perlu mengimbas kod QR yang diberikan oleh syarikat dan memasukkan maklumat yang diperlukan melalui telefon mudah alih. Apabila maklumat sudah dihantar, syarikat akan membenarkan pelawat memasuki pejabat. Syarikat boleh menghalang sebarang pelawat yang demam atau mempunyai suhu badan yang tinggi untuk kepentingan majoriti. Semua maklumat pelawat tersebut akan disimpan di pelayan dan boleh dicari apabila diperlukan.
  Q 5. Adakah anda membekalkan peranti pengesan suhu?
  A TimeTec tidak membekalkan peranti pengesan suhu apabila sesebuah syarikat melanggan TimeTec VMS. Syarikat perlu menyediakan peranti itu sendiri. Produk kami menyediakan ruang untuk memasukkan data suhu badan kepada pihak berkuasa.
  Q 6. Apakah maklumat yang dimasukkan ke dalam QR relief?
  A Ia mengandungi logo syarikat, alamat serta maklumat perniagaan dan maklumat yang diperlukan dari pelanggan anda.
  Q 7. Mengapa pelanggan perlu memasukkan maklumat mereka sendiri?
  A Proses ini penting ketika Covid-19 kerana kita perlu menggalakkan transaksi tanpa sentuh secara menyeluruh. Meminta pelanggan menulis menggunakan pen dan kertas yang anda sediakan tidak mematuhi penjarakan sosial/tanpa sentuh yang disyor kerajaan dalam memerangi Covid-19.
  Q 8. Apakah maklumat yang disimpan di dalam TimeTec VMS?
  A TimeTec VMS menyimpan maklumat yang diperlukan oleh pihak berkuasa seperti, nama, alamat, no KP, dan suhu badan. Jika syarikat memerlukan maklumat lain, itu keputusan syarikat sendiri. Walaubagaimanapun, kami menyarankan agar meminimakan maklumat yang diminta untuk memudahkan proses.
  Q 9. Bagaimana kami dapat mengeluarkan maklumat tersebut untuk pihak berkuasa?
  A TimeTec VMS menawarkan laporan yang boleh dimuatturun, diemel ke pihak berkuasa atau dicetak bila diperlukan.
  Q 10. Jika kita melanggan kepada produk ini untuk satu cawangan, bolehkah kami menggunakannya di cawangan lain juga?
  A Harga langgan TimeTec VMS ialah RM88 satu cawangan untuk tempoh 3 bulan. Oleh itu, jika perniagaan anda mempunyai lebih daripada satu cawangan, anda perlu melanggan untuk setiap cawangan. Untuk perniagaan yang banyak cawangan, kami boleh menawarkan diskaun yang berpatutan.
  Q 11. Apabila produk ini dipasang di pelbagai cawangan, bolehkah ibu pejabat mengakses semua maklumat dari satu tempat?
  A Boleh. TimeTec VMS ialah produk teknologi awan yang mempunyai arkitektur sistemnya membenarkan ibu pejabat mengakses maklumat cawangan di bawahnya.
  Q 12. Apakah faedah melanggan produk ini?
  A Terdapat empat faedah ketara produk ini:
Sistem Masuk Maklumat Kendiri Tanpa Sentuh - Pelawat mengimbas kod QR, memasukkan maklumat sendiri menggunakan peranti masing-masing. mengurangkan beban syarikat dan mempraktikkan penjarakan sosial dan transaksi tanpa sentuh yang disyorkan.
Kebolehkesanan - Syarikat mempunyai maklumat tentang pelawat termasuk masa lawatan dan kakitangan yang ditemui, jika terdapat kes positif Covid-19.
Akauntabiliti - Syarikat mematuhi SOP yang diperlukan oleh kerajaan dan mempunyai bukti rekod dan laporan.
  Q 13. Adakah pelawat perlu memuat turun sebarang aplikasi?
  A Tidak perlu. Mereka hanya perlu mengimbas, dan mereka akan diberikan pautan untuk mengisi maklumat.
  Q 14. Bagaimana jika pelawat tidak memberikan maklumat yang betul?
  A Kami hanya menyediakan saluran untuk pelawat memasukkan maklumat untuk pihak berkuasa. Kami tidak menjamin kesahihan maklumat yang diperolehi.
  Q 15. Perlukah kami melanggan produk ini untuk jangkamasa yang tertentu, atau kami boleh melanggan secara bulanan?
  A TimeTec VMS ialah produk berasaskan langganan. Oleh itu, anda boleh melanggan mengikut keperluan dan kami menjual langganan setiap 3 bulan. Walaubagaimana pun, adalah disarankan untuk melanggan lebih lama kerana anda boleh memperoleh diskaun untuk langganan tahunan.